Skip to content

12 Tanda Fungsi Tubuh Mungkin Menjadi Perlahan

Sentiasa sakit, lemah dan tidak bersemangat? Mungkin ia bukan tekanan, gaya hidup anda yang tidak sihat, atau penuaan. Sebaliknya, anda mungkin menghidap hipotiroidisme.

Apabila tiroid anda sihat, anda berasa selesa kerana ia menguruskan sistem-sistem tubuh anda dengan cekap. Dengan hipotiroidisme, metabolisme anda menjadi perlahan dan tubuh anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk memastikan semua fungsi berjalan lancar seperti sebuah mesin yang cukup minyaknya.

Tanda-tanda dan simptom-simptom hipotiroidisme boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom dan tidak spesifik kepada mana-mana bahagian tubuh. Jika anda mengalami beberapa tanda di bawah, mungkin ada masalah pada tiroid anda.

ADAKAH ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA INI?

Muka, tangan dan kaki menjadi sembab

Mengantuk/letih/lesu sepanjang masa

Naik berat badan dan sukar menurunkan berat badan

Kitaran haid yang tidak tetap atau sukar untuk hamil

Paras kolesterol dan tekanan darah yang tinggi

Lebih sensitif kepada kesejukan

Sembelit

Rambut/kuku yang rapuh dan kulit yang kering/bersisik

Pelupa

Mujurlah anda tidak perlu menderita lagi. Hipotiroidisme mudah dikesan dan dirawat. Anda boleh membebaskan diri dari hipotiroidisme.

Rujukan:
Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. William’s Textbook of Endocrinology. 12th ed. USA: Elsevier Saunders; 2011