Ambil Serius Tentang Hipotiroidisme!
Jangan abaikan tanda-tanda hipotiroidisme kerana ia mungkin membawa kepada masalah-masalah kesihatan jangka panjang jika tidak dirawat.
Adakah berat badan anda semakin naik sejak akhir-akhir ini? Bagaimana pula dengan rasa mengantuk pada waktu-waktu yang tidak sesuai? Oh, dan adakah rambut anda semakin banyak gugur? Selain itu, bolehkah anda mengenalpasti apa yang sedang anda alami melalui 12 tanda fungsi tubuh mungkin menjadi perlahan?
Anda pasti sangat bimbang ketika pertama kali menyedari simptom-simptom ini. Tetapi, sudah berapa lamakah anda membiarkannya? Anda mungkin boleh membiasakan diri dengannya tetapi anda tidak sepatutnya berbuat demikian kerana jika tidak dirawat, hipotiroidisme boleh membawa kepada masalah-masalah yang serius dalam jangka panjang.
Ini mungkin menandakan ada masalah pada tiroid anda. Tiroid memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan fungsi-fungsi tubuh dan mengekalkan kesihatan anda. Jika anda menghidap hipotiroidisme, masalah-masalah ini mungkin berlaku jika anda tidak mendapatkan rawatan segera:

Semua orang
- Goiter
- Paras kolesterol dan tekanan darah yang tinggi
- Kemurungan yang teruk

Wanita hamil
- Perkembangan fizikal dan mental bayi yang tidak sempurna di dalam rahim
- Anemia
- Tekanan darah tinggi

Bayi & Kanak-Kanak
- Tumbesaran terbantut
- Perkembangan mental yang tidak baik:
– Masalah tumpuan & percakapan
– IQ rendah berbanding kanak-kanak yang sihat

Golongan muda
- Pelupa
- Masalah pembelajaran
- Prestasi kerja yang menurun
- Kurang keinginan seks

Golongan tua
- Kurang tenaga dan kualiti hidup
- Risiko lebih tinggi untuk mendapat:
– Penyakit jantung
– Pelupa (terutamanya di kalangan wanita)

Bakal ibu bapa
- Kesukaran untuk hamil
Jangan biarkan ini terjadi kepada anda. Anda boleh menikmati hidup yang sihat dan produktif jika anda segera menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan untuk hipotiroidisme. Bebaskan diri dari hipotiroidisme!
Rujukan:
Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. William’s Textbook of Endocrinology. 12th ed. USA: Elsevier Saunders; 2011.