Mudah untuk menjalani pemeriksaan
Pergi sahaja ke mana-mana klinik, hospital atau makmal saringan untuk menjalani ujian darah yang mudah dan tidak mahal. Lebih cepat anda didiagnosis, lebih cepat anda boleh dirawat.

Anda tidak perlu menderita akibat hipotiroidisme. Anda hanya perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. 2 langkah mudah ini akan membawa perubahan yang besar kepada kesihatan anda.
Pergi sahaja ke mana-mana klinik, hospital atau makmal saringan untuk menjalani ujian darah yang mudah dan tidak mahal. Lebih cepat anda didiagnosis, lebih cepat anda boleh dirawat.
Doktor anda mungkin akan memberikan thyroxine. Ubat yang perlu dimakan ini adalah versi sintetik hormon tiroid. Thyroxine biasanya dianggap sebagai rawatan lazim yang membolehkan pesakit hipotiroidisme menjalani kehidupan yang normal.