Skip to content

Berasa Lebih Tua Dari Usia Sebenar?

tyl-boost-post-oct-bm

Kita semua mempunyai kenangan indah di zaman muda dan mungkin teringin untuk melalui pengalaman tersebut semula. Namun, anda tidak sepatutnya menerima atau menganggap keadaan kesihatan anda sebagai kesan penuaan. Malah, tiroid anda mungkin penyebab sebenar kepada masalah yang sedang anda hadapi.

Hipotiroidisme adalah sejenis penyakit tiroid yang lazim berlaku di kalangan wanita yang lanjut usia.1 Ia dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol dan trigliserida dalam darah dan lemah otot.2 Ia juga mungkin menyebabkan kemerosotan memori dan percakapan serta pemikiran menjadi perlahan, di samping meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit Alzheimer.2,3

Malangnya, hipotiroidisme mungkin sukar untuk dikenal pasti dan dikesan kerana:2

  • Simptom-simptom tidak spesifik yang mungkin disalah anggap sebagai kesan penuaan
  • Kewujudan pelbagai penyakit kronik yang lain
  • Kesan sampingan ubat-ubatan. Sebagai contoh, sesetengah ubat-ubatan untuk merendahkan tekanan darah atau paras kolesterol boleh menyebabkan pesakit berasa letih dan lesu.

Memandangkan pelbagai faktor boleh menyembunyikan atau menyerupai simptom-simptomnya, anda perlu mengenal pasti simptom-simptom tersebut supaya anda boleh menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan untuk hipotiroidisme, jika perlu.

Ingat, masih belum terlambat untuk anda mula menjaga kesihatan. Setiap langkah yang kecil adalah penting kerana ia akan membawa perbezaan yang besar dalam membantu anda meningkat usia dengan sihat dan cergas.

Rujukan

  1. Bensenor IM, Olmos RD, Lotufo PA. Hypothyroidism in the elderly: diagnosis and management. Clinical Interventions in Aging 2012:7 97–111.
  2. Rehman SU, Cope DW, Senseney AD, Brzezinski W. Thyroid disorders in elderly patients. South Med J. 2005 May;98(5):543-9
  3. Tan ZS, Beiser A, Vasan RS, Au R, Auerbach S, Kiel DP, Wolf PA, Seshadri S.Thyroid Function and the Risk of Alzheimer’s Disease: The Framingham Study. Arch Intern Med. 2008; 168(14): 1514–1520.