Skip to content

Hipotiroidisme Ketika Hamil Boleh Membahayakan Bayi Anda

Pregnancy meme BM

Mengetahui anda sedang mengandungkan zuriat yang berharga adalah satu perasaan yang sangat hebat. Namun, tahukah anda kelenjar tiroid anda mungkin mendatangkan bahaya kepada bayi anda ketika ini? Tiroid adalah organ yang sangat kecil di dalam leher tetapi ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi di dalam kandungan anda.

Sebarang gangguan pada tiroid ketika kehamilan boleh membawa kepada hipotiroidisme yang boleh membahayakan kesihatan bayi jika anda tidak tahu anda mengalaminya. Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menjejaskan perkembangan fizikal bayi dan menyebabkan beliau mempunyai IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak yang normal dan sihat.

Malangnya, beberapa simptom hipotiroidisme adalah hampir sama dengan kesan sampingan kehamilan. Jadi, anda tidak akan tahu anda mengalami masalah ini sehingga sudah terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan. Untuk selamat, berjumpalah dengan doktor untuk mengambil ujian darah yang ringkas jika anda mengalami kehamilan yang sukar dengan tanda-tanda dan simptom-simptom berikut atau mempunyai sejarah keluarga bagi masalah tiroid. Ketahuilah bahawa rawatan hipotiroidisme adalah mudah dan dengan rawatan, anda boleh meminimumkan risikonya kepada bayi.

Rujukan:

Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. William’s Textbook of Endocrinology. 12th ed. USA: Elsevier Saunders; 2011.