Sebagai warga emas, anda pasti ingin menikmati tahun-tahun berikutnya dan mengimbau kembali kenangan indah di masa lalu. Namun, apabila meningkat usia, fungsi tiroid mungkin menjadi perlahan akibat hipotiroidisme, sejenis masalah hormon yang lazim berlaku di kalangan warga emas.
Malangnya, tanda-tanda dan simptom-simptom hipotiroidisme hampir sama dengan kesan penuaan, sebagai contoh, sakit otot dan sakit sendi, kesukaran menumpukan perhatian dan keletihan. Jadi, tidak hairanlah ramai warga emas yang menganggap simptom-simptom tersebut sebagai lumrah apabila meningkat usia, lalu mereka terus menderita.
Ujian darah yang ringkas akan menentukan jika anda menghidap hipotiroidisme tetapi jangan bimbang jika anda didiagnos dengannya. Rawatannya mudah, tidak menyakitkan dan mungkin tidak lama lagi anda akan berasa sihat semula.
Rujukan:
Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. William’s Textbook of Endocrinology. 12th ed. USA: Elsevier Saunders; 2011