Skip to content

Jelajah TYL

TYL Yang Menyeronokkan Di AEON Metro Prima

5-6 Disember, 2015

Jelajah Transform Your Life telah mencapai lokasi terakhir di AEON Metro Prima, Kepong pada 5 & 6 Disember. Terima kasih kepada SEMUA pengunjung yang datang untuk pemeriksaan hipotiroidisme. Kami amat berterima kasih untuk sambutan yang menggalakkan dan berharap semua pengunjung membawa pulang maklumat yang mencukupi tentang hipotiroidisme untuk ‘bebaskan’ diri mereka.

TYL di IOI Mall, Puchong

28-29 November, 2015

Kami telah mengadakan pemeriksaan hipotiroidsme TYL yang kedua di IOI Mall Puchong hujung minggu lalu! Ruang acara kami mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengunjung. Semakin ramai orang ingin tahu sama ada tiroid mereka berfungsi dengan baik. Semakin ramai orang telah bebaskan diri!

Bebaskan Diri Dari Hipotiroidisme di AEON Bukit Raja

14-15 November, 2015

Mari lihat aktiviti yang kami adakan di AEON Bukit Raja, Klang hujung minggu yang lalu! Ratusan pengunjung datang memeriahkan booth kami dan kami berasa gembira dapat berkongsi maklumat hipotiroidisme serta menjalankan pemeriksaan percuma. Penari-penari juga turut menghiburkan pengunjung dan sememangnya ramai yang berasa seronok untuk mengambil gambar mereka di pondok gambar kami!