Skip to content

Masalah Penuaan?

Khadijah*, 63, adalah seorang nenek yang penyayang. Beliau gemar berkebun dan menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya. Beliau juga suka meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Apabila mereka datang melawat, Khadijah akan memasak hidangan istimewa untuk cucu-cucunya.

Namun, Khadijah mula berasa sukar untuk menyiapkan tugas hariannya. Badannya sering sakit tanpa sebab yang jelas dan beliau juga mengalami sakit sendi. Kadang-kala, Khadijah sukar untuk membongkokkan badannya. Khadijah sangat kecewa dengan keadaan kesihatannya dan mengadu kepada anak-anak beliau mengenainya. Malangnya, kesakitan beliau dianggap sebagai kesan penuaan biasa.

Apabila kesihatannya semakin merosot, Khadijah berasa sangat tertekan. Beliau benar-benar mahu melakukan perkara-perkara yang disukainya seperti berkebun dan memasak. Khadijah mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan kesihatannya atas saranan seorang rakan baik.

Selepas menjalani ujian darah yang ringkas, Khadijah disahkan menghidap hipotiroidisme  dan diberikan pil levotiroksina untuk membantu menangani masalah tersebut. Khadijah tidak pernah tahu mengenai hipotiroidisme sebelum ini, tetapi kagum kerana berasa jauh lebih sihat selepas menjalani rawatan. Beliau bukan sekadar menjadi lebih fleksibel, tetapi turut berasa lebih bebas kerana tidak perlu menderita setiap hari dan dapat melakukan aktiviti-aktiviti kegemarannya semula.

*Bukan nama sebenar

Jangan biarkan hipotiroidisme membebankan anda

  • Wanita berusia lebih 60 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme, sejenis penyakit di mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, berbanding lelaki.1
  • Hipotiroidisme sukar dikesan kerana kebanyakan simptomnya tidak spesifik dan boleh disalah anggap sebagai kesan penuaan biasa.2,3
  • Kewujudan pelbagai penyakit kronik di kalangan warga emas serta kesan sampingan dari ubat-ubatan juga boleh menyerupai atau menyembunyikan simptom-simptomnya.3
  • Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kemerosotan memori, percakapan & pemikiran menjadi perlahan, lemah otot, sindrom carpal tunnel dan paras kolesterol darah yang tinggi.3,4

Rujukan

  1. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease. Hypothyroidism [Internet]. 2016. [cited 2016 Sep 14]. Available from: https://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/endocrine/hypothyroidism/Pages/fact-sheet.aspx
  2. Bensenor IM, Olmos RD, Lotufo PA. Hypothyroidism in the elderly: diagnosis and management. Clinical Interventions in Aging 2012:7 97–111.
  3. Rehman SU, Cope DW, Senseney AD, Brzezinski W. Thyroid disorders in elderly patients. South Med J. 2005 May;98(5):543-9.