Hei! Adakah anda anda selalu berasa letih sehingga perlu memaksa diri untuk bangun dari tidur setiap pagi? Atau mungkin keinginan seksual anda terlalu rendah tetapi anda tidak tahu mengapa? Tanda-tanda ini mungkin menandakan hipotiroidisme. Masalah tiroid ini tidak seharusnya dianggap remeh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda dengan teruk jika tidak dirawat.
Tidak seperti penyakit-penyakit lain, tanda-tanda dan simptom-simptom hipotiroidisme tidak spesifik lalu menyebabkan ramai orang tidak menyedarinya walaupun mereka berasa tidak sihat. Jadi, mereka menyalahkan tekanan, tabiat makan yang tidak sihat atau penuaan jika mereka mengalaminya.
Satu-satunya cara untuk mengetahui anda menghidap hipotiroidisme adalah dengan menjalani ujian darah. Jika anda selalu berasa tidak sihat dan berada dalam kumpulan berisiko tinggi , anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan hipotiroidisme. Ketahuilah bahawa pemeriksaan hipotiroidisme dan rawatannya, jika perlu, boleh membawa perbezaan yang besar kepada kesihatan anda.