Skip to content

Hipotiroidisme boleh menjejaskan kesihatan anda

Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid yang berbentuk rama-rama tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi. Ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi anda. Lama kelamaan, hipotiroidisme boleh menyebabkan masalah kesuburan, penyakit jantung, demensia dan pelbagai keadaan kesihatan yang serius.

Adakah anda berisiko?

Tanda-tanda hipotiroidisme pada peringkat awal mungkin kelihatan tidak berbahaya atau ringan sahaja. Jadi, anda mungkin secara tidak sengaja mengabaikannya. Tanpa pengesanan awal dan rawatan yang tepat, keadaan kesihatan anda boleh merosot sehingga mula mempengaruhi aktiviti dan kualiti hidup harian.

Jumpa doktor anda

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala hipotiroidisme, segera berjumpa dengan doktor anda tanpa berlengah. Doktor akan mengesahkan sama ada anda mengalami hipotiroidisme dan dapat memberikan rawatan yang sesuai. Jangan abaikan hipotiroidisme. Bebaskan diri dan ubah kehidupan anda.

Hipotiroidisme pada sekilas pandangan

Lakukan carian untuk mengetahui cara membebaskan diri daripada hipotiroidisme

Hipotiroidisme di usia emas anda

Inilah cara untuk anda menikmati penuaan yang sihat tanpa beban hipotiroidisme.

Hipotiroidisme & kesihatan reproduktif anda

Jangan biar hipotiroidisme menghalang anda daripada memulakan sebuah keluarga atau membesarkan anak yang ceria dan sihat.

Awas dengan hipotiroidisme, kata Dr Malar

Dr Malar Santhi menggesa anda untuk tidak memandang rendah keadaan yang berpotensi bahaya ini.