Semua orang boleh mengenal pasti ciri-ciri yang diwarisi di dalam keluarga seperti lesung pipit atau rambut keriting. Malah, anda juga mungkin berkongsi minat yang sama dengan ahli keluarga, tidak kira betapa peliknya minat tersebut. Tetapi, tahukah anda bahawa masalah tiroid seperti hipotiroidisme juga boleh diwarisi dari ahli keluarga yang lain?
Inilah sebabnya mengapa anda perlu mengetahui sejarah perubatan keluarga anda. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah tiroid, ia meningkatkan risiko anda untuk mewarisi hipotiroidisme. Tetapi, apakah cara untuk mengetahui ahli keluarga anda mempunyai masalah tiroid? Mudah saja. Tanyalah mereka ketika perjumpaan keluarga dan rujuklah rekod perubatan keluarga anda, jika boleh.
Kemudian, dapatkan nasihat doktor mengenai kebimbangan anda. Doktor mungkin menyarankan anda menjalani ujian saringan dan langkah-langkah untuk mencegah atau melewatkan permulaan penyakit ini. Jangan berlengah lagi. Mengetahui sejarah perubatan keluarga anda boleh membawa perbezaan yang besar kepada kesihatan anda.
Rujukan:
Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, Kronenberg HM. William’s Textbook of Endocrinology. 12th ed. USA: Elsevier Saunders; 2011.