Skip to content

Pemeriksaan kesihatan percuma untuk hipotiroidisme

  • by

Adakah anda menghadapi masalah keletihan, kenaikan berat badan secara mendadak, sembelit atau kurang keinginan seksual sejak akhir-akhir ini? Jika ada, sertai pemeriksaan kesihatan percuma untuk hipotiroidisme yang dianjurkan oleh Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS) dan disokong oleh Merck Sdn. Bhd.

Hipotiroidisme adalah sejenis penyakit di mana hormon tiroid yang dihasilkan tidak mencukupi untuk keperluan tubuh. Malangnya, ramai penghidapnya terus menderita kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda hipotiroidisme.

 

Hypothyroidism-test“Pemeriksaan kesihatan ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran hipotiroidisme yang sedang kami jalankan iaitu ‘Transform Your Life’, yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menjalani pemeriksaan, dan jika perlu, mendapatkan rawatan untuk hipotiroidisme. Jika masalah ini tidak dirawat, ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius dalam jangka panjang,” kata Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin, Presiden MEMS.

Pemeriksaan kesihatan ini dijalankan secara percuma dan merupakan sebahagian daripada kajian MEMS yang lebih besar iaitu Projek MyENDO. Ujian ini akan menjalankan saringan untuk masalah-masalah lazim bagi tiroid iaitu hipotiroidisme dan hipertiroidisme. Pakar-pakar perubatan akan turut hadir untuk memberi nasihat dan menjawab soalan-soalan anda.

Pemeriksaan kesihatan percuma ini akan diadakan setiap hujung minggu dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang pada:

  • 14 hingga 15 November di AEON Bukit Raja, Klang,
  • 28 hingga 29 November di IOI Mall, Puchong dan
  • 5 hingga 6 Disember di AEON Metro Prima, Kepong.

Tempat adalah terhad, jadi anda digalakkan untuk datang awal! Terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti persembahan tarian yang menghiburkan serta sebuah pondok gambar.

“Golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini seperti wanita dewasa, terutamanya ibu mengandung dan wanita yang sukar hamil, berusia melebihi 50 tahun, pesakit diabetes Jenis 1 atau penyakit-penyakit autoimun lain, dan yang mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masalah tiroid digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma ini,” tambah Profesor Nor Azmi.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mari sertai kami dan bawa orang yang tersayang untuk menjalani pemeriksaan hipotiroidisme bersama. Masalah ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah jadi anda tidak akan tahu anda mengalaminya jika tidak menjalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut, klik ‘Suka’ di Facebook Transform Your Life.

Butterfly girl-1