Pengenalan: Halaman ini menerangkan kesemua Terma dan Syarat untuk anda menggunakan www.tyl.my (“Laman Web”). Sila baca halaman ini dengan teliti. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kesemua Terma dan Syarat ini, jangan gunakan Laman Web ini. Dengan menggunakan Laman Web, anda bersetuju untuk mematuhi kesemua Terma dan Syarat ini. Merck SDN BHD mungkin mengubah mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa semasa mengemaskinikan maklumat di halaman ini. Anda sepatutnya melawat halaman ini secara berkala kerana penggunaan Laman Web selepas notis perubahan Terma dan Syarat bermakna anda menerima perubahan tersebut. Terma “anda” dan “pengguna’ yang digunakan selepas ini merujuk kepada semua individu dan/atau entiti yang mengakses Laman Web ini bagi sebarang tujuan.
Penggunaan Bahan-Bahan: Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web adalah bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak sepatutnya diharapkan, atau digunakan sebagai ganti nasihat perubatan. Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web bukan disediakan berdasarkan hubungan profesional di antara pembekal penjagaan kesihatan dan pesakit serta bukan bertujuan untuk mewujudkan sebarang hubungan pesakit. Sebarang maklumat perubatan yang terkandung di dalam Laman Web ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan telah diberitahu. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan yang betul untuk (1) sebarang masalah khusus atau perkara yang diliputi oleh maklumat di dalam Laman Web sebelum mengambil apa-apa tindakan; atau (2) untuk maklumat lanjut atau pembincangan sebarang persoalan atau keraguan. Anda tidak sepatutnya mengabaikan nasihat perubatan atau melewatkan perjumpaan untuk mendapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan berdasarkan sebarang maklumat yang dibaca di Laman Web. Anda memahami dan mengakui sepenuhnya bahawa semua maklumat di dalam Laman Web ini bukan bertujuan atau direka bagi tujuan diagnosis, pencegahan, rawatan atau untuk dijadikan penawar bagi sebarang masalah atau penyakit, untuk menentukan tahap kesihatan anda, atau untuk menggantikan penjagaan perubatan profesional. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau keraguan dari maklumat yang terkandung di dalam Laman Web.
Kandungan Laman Web, seperti teks, grafik, gambar dan bahan-bahan lain (“Bahan-Bahan), adalah hak milik Merck SDN BHD dan kesemua pemberi lesen dan pembekalnya, dan dilindungi oleh undang-undang hak milik antarabangsa. Sebarang penggunaan Bahan-Bahan yang tidak disahkan mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang lain. Merck SDN BHD membenarkan anda melihat dan memuat turun satu salinan bahan-bahan dari Laman Web untuk kegunaan persendirian sahaja, dengan syarat anda mengekalkan semua hak cipta dan lain-lain notis hak milik yang terkandung di dalam Bahan-Bahan asal untuk sebarang salinan yang dibuat daripada Bahan-Bahan. Anda tidak dibenarkan menjual atau mengubahsuai Bahan-Bahan untuk menghasilkan semula, mempamerkan, membuat persembahan awam, menyebarkan atau menggunakan Bahan-Bahan melalui sebarang cara bagi tujuan awam atau komersil. Penggunaan Bahan-Bahan untuk laman web lain atau persekitaran komputer dalam rangkaian bagi sebarang tujuan adalah dilarang.
Penggunaan Laman Yang Dibenarkan: Peraturan-Peraturan Am: Anda tidak dibenarkan menggunakan Laman Web untuk menyampaikan, menyebar, menyimpan atau menghapuskan bahan-bahan (a) yang menyalahi mana-mana undang-undang atau peraturan yang diguna pakai, (b) melalui cara yang boleh mencerobohi hak cipta, tanda dagangan, rahsia dagangan atau sebarang hak milik intelek pihak lain atau menceroboh privasi, publisiti atau hak persendirian pihak lain, atau (c) bagi tujuan aib, lucah, ancaman, penderaan atau kebencian.
Peraturan-Peraturan Keselamatan: Anda tidak dibenarkan menceroboh atau mencuba untuk menceroboh keselamatan Laman Web dan menggunakan Laman Web untuk menceroboh keselamatan laman-laman web lain melalui apa sahaja cara, termasuk, dan tidak terhad kepada, (a) mengakses data yang tidak ditujukan kepada anda atau mendaftar masuk ke pelayan atau akaun di mana anda tidak mempunyai kebenaran untuk mengakses, (b) mencuba untuk menyiasat, mengimbas atau menguji kelemahan sesuatu sistem atau rangkaian atau melanggar langkah-langkah keselamatan atau pengesahan tanpa kebenaran, (c) mencuba untuk mengganggu perkhidmatan bagi mana-mana pengguna Laman Web yang lain, hos atau rangkaian, termasuk, dan tidak terhad kepada, melalui kaedah memasukkan virus ke dalam Laman Web, “overloading”, “flooding”, “spamming”, “mailbombing” atau “crashing”, (d) menghantar e-mel yang tidak diminta, termasuklah promosi atau pengiklanan sebarang produk atau perkhidmatan, atau (e) meniru mana-mana paket pengepala (header) atau bahagian maklumat pengepala di dalam sebarang e-mel atau perkongsian di dalam kumpulan berita. Pencerobohan sistem atau keselamatan rangkaian boleh membawa kepada liabiliti sivil atau jenayah. Merck SDN BHD boleh menyiasat pencerobohan sebarang Terma dan Syarat ini dan mungkin melibatkan dan kerjasama dengan pihak penguatkuasa undang-undang dalam mendakwa pengguna-pengguna Laman Web yang terlibat di dalam pencerobohan tersebut.
Liabiliti Merck SDN BHD: Penggunaan Laman Web dan Maklumat di dalamnya adalah di atas risiko anda sendiri. Kami berhak, mengikut budi bicara kami, untuk mengubahsuai, menambah, atau membuang mana-mana bahagian di dalam Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
MERCK SDN BHD TIDAK MENJAMIN BAHAWA LAMAN WEB INI AKAN BEROPERASI TANPA KESILAPAN ATAU LAMAN WEB INI DAN PELAYANNYA ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS-VIRUS KOMPUTER ATAU SEBARANG MEKANISMA MERBAHAYA YANG LAIN. SEKIRANYA PENGGUNAAN LAMAN WEB INI ATAU MAKLUMAT DI DALAMNYA MENYEBABKAN ANDA PERLU MEMBAIKI ATAU MENUKAR PERALATAN ATAU DATA ANDA, MERCK SDN BHD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KOS-KOS TERSEBUT.
Walaupun kami telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan ketepatan kandungan Laman Web, ia disediakan atas dasar “SEDIA ADA” dan dengan syarat dan pemahaman bahawa Merck SDN Bhd (serta para pegawai dan kakitangannya) dan semua pihak yang terlibat di dalam penulisan, penghasilan, penerbitan, penyebaran, penajaan atau sokongan untuk Laman Web, ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai, tidak bertanggungjawab ke atas (1) sebarang kesalahan atau kecuaian dari Laman Web; (2) tidak memberi jaminan, perwakilan atau janji sama ada yang dinyatakan atau dimaksudkan melalui mana-mana kandungan Laman Web (termasuk, dan tidak terhad kepada ketepatan masa, kekinian, ketepatan, kebenaran, kesempurnaan atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu Laman Web atau kandungannya); (3) tidak bertanggungjawab ke atas kesan akibat sebarang tindakan atau ketiadaan tindakan yang diambil berdasarkan sebarang maklumat di dalam Laman Web; (4) tidak terlibat dalam memberikan sebarang nasihat atau perkhidmatan perubatan atau pakar; (5) menyatakan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang dan kesemua liabiliti dan tanggungjawab ke atas mana-mana pihak bagi sebarang perkara yang dilakukan oleh mana-mana individu berdasarkan kebergantungan, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, ke atas semua atau sebahagian daripada kandungan Laman Web. Anda memahami dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab ke atas bentuk, kandungan dan ketepatan sebarang bahan yang anda masukkan ke dalam Laman Web.
Menurut sepenuhnya had yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai, DALAM APA SAHAJA KEADAAN, MERCK SDN BHD TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN BAGI SEBARANG KECEDERAAN KEPADA DIRI, ATAU SEBARANG KEROSAKAN SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU AKIBAT, TIDAK KIRA BAGAIMANA IA TERJADI, TERMASUK DAN TIDAK TERHAD KEPADA, KERUGIAN DARI KEHILANGAN KEUNTUNGAN AKIBAT ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN LAMAN WEB DI BAWAH SEMUA LIABILITI (SAMA ADA DI DALAM KONTRAK, TORT ATAU SEBALIKNYA).
Pautan ke Laman-Laman Lain: Merck SDN BHD tidak akan bertanggungjawab ke atas maklumat yang terkandung di dalam kesemua rujukan dan pautan laman web pihak ketiga yang terkandung di dalam Laman Web ini.